Sekarang PMX kata kerajaan belum bincang pula kenaikan 20% caruman KWSP

May 8, 2023 · Isu semasa

Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus belum dibincang kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri (PMX) berkata setakat ini tiada perbincangan untuk menaikkan kadar caruman KWSP walaupun sebelum ini beria-ria membangkitkan berhubung isu tersebut semasa sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu.

“Tak bincang pun lagi, tak bincang …belum bincang, ” katanya dipetik laporan BH hari ini.

PMX terdahulu ditemui media selepas merasmikan Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada sambutan Hari Pekerja, 1 Mei lalu, Anwar memaklumkan sudah menerima cadangan itu namun belum di bawa kepada Jemaah Menteri.

Cadangan itu dikemukakan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang turut menyenaraikan 11 cadangan lain untuk dipertimbangkan kerajaan, termasuk kajian semula umur bersara wajib.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dilaporkan berkata, cadangan itu berikutan lebih 15 juta pekerja berhadapan pelbagai cabaran, ujian dan dugaan yang tidak dapat dibayangkan sama sekali, demi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak majikan dengan alasan tidak sesuai dilaksanakan ketika ini kerana ia hanya akan membebankan majikan, sekali gus menjejaskan pekerja.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG), Datuk Dr Azman Yusoff, berkata langkah itu akan mencetus risiko pada perniagaan, yang mungkin menyebabkan gaji pekerja dikurangkan atau tidak dinaikkan dan kehilangan pekerjaan.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok