Sejuta pembayar cukai masih tertunggak bayaran setakat 31 Dis 2020

December 1, 2021 · Isu semasa

Sebanyak lebih 1.03 juta pembayar cukai masih tertunggak pembayaran cukai pendapatan individu setakat 31 Disember 2020, ia melibatkan nilai sebanyak RM10.4 bilion, menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Menteri Kewangan lagi, selain itu jumlah cukai pendapatan syarikat yang tertunggak bagi tempoh sama adalah sebanyak RM22.8 bilion, membabitkan 160,048 syarikat.

“Tunggakan cukai pendapatan berkenaan masih dalam proses kutipan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) yang bertanya jumlah tunggakan cukai pendapatan individu dan syarikat yang belum dikutip LHDN dan pecahan mengikut banjaran pendapatan bercukai.

Mengenai statistik tunggakan mengikut Banjaran Pendapatan Bercukai, Tengku Zafrul berkata, ia tidak dapat disediakan kerana tunggakan bagi setiap pembayar cukai adalah berbeza berdasarkan taksiran pendapatan setiap tahun.

“Selain itu, seorang pembayar cukai boleh mempunyai jumlah tunggakan cukai melebihi daripada satu tahun taksiran atau pola pendapatan bercukai berlainan.

“Ini menyebabkan kesukaran untuk mengaitkan jumlah tunggakan pembayar cukai mengikut banjaran pendapatan bercukai,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok