Scam: Guru wanita lesap RM230,000 ditipu dua individu menyamar polis

October 31, 2023 · Isu semasa

Seorang guru wanita berusia 52 tahun dari Tanjung Malim kerugian lebih RM230,000 apabila diperdaya sindiket penipuan melalui telefon (phone scam) pada Ogos lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada syarikat kurier “Pos Laju” Melaka pada 30 Ogos memaklumkan terdapat barang terlarang di dalam bungkusan itu, lapor Bernama.

“Pengadu kemudian menafikan bungkusan itu miliknya dan pihak ‘Pos Laju’ mengarahkan pengadu membuat laporan polis dengan segera kerana ada individu lain telah menggunakan maklumat peribadi pengadu lalu menyambungkan panggilan terbabit ke ‘Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Melaka’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengadu kemudian telah bercakap dengan “Tuan Ammar” dan “Datuk Samsul Anwar” serta dimaklumkan bahawa satu kad ATM CIMB bank atas nama pengadu telah dijumpai hasil serbuan oleh pihak polis terhadap penjenayah bernama “Ong Kai Chin” dan satu waran tangkap telah dikeluarkan atas nama pengadu.

“Pada 1 Sept, mangsa telah terima panggilan memintanya memindahkan wang Tabung Haji ke sebuah akaun bank sebanyak RM49,000 bagi urusan memudahkan siasatan dan pada 4 Sept mangsa telah memasukkan wang ASB sebanyak RM27,300 sebelum mangsa diminta membuat pinjaman peribadi di Bank Islam sebanyak RM150,000,” katanya.

Yusri berkata pengadu kemudian membuat pinjaman peribadi itu dan pada 25 Sept, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada suspek yang meminta memasukkan wang RM10,000 lagi untuk bayaran guaman bagi perbicaraan kononnya pada November ini.

Malangnya, pada 30 Okt, mangsa ke Bank Islam Tanjung Malim untuk membuat semakan akaun dan mendapati kesemua wang sebanyak RM236,300 dalam akaun telah lesap dan terdapat beberapa transaksi dilakukan oleh mangsa sebelum membuat laporan polis setelah menyedari dirinya tertipu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud
November 10, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok