Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68

November 23, 2023 · Isu semasa

Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis apabila mata wang negara maju itu terus mengekalkan momentum peningkatannya, dipacu oleh data ekonomi terkini yang memberangsangkan, kata ahli ekonomi.

Pada 9.05 pagi, nilai ringgit susut kepada 4.6825/6875 berbanding dolar AS daripada paras 4.6735/6805 pada akhir urus niaga semalam, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pengukuhan dolar AS ternyata ketara selepas pengumuman data tuntutan awal pengangguran AS yang lebih rendah daripada dijangkakan, sekali gus menggambarkan keadaan ekonominya yang berdaya tahan.

“Petunjuk itu mengukur jumlah orang yang memohon insurans pengangguran pada minggu lepas. Pada masa sama, data itu membantu pelabur mendapatkan petunjuk mengenai keadaan pasaran pekerjaan di AS.

“Sebarang bacaan atau angka rendah daripada jangkaan menandakan pengangguran itu terkawal dan hanya menyuntik sokongan terhadap dolar AS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi Indeks Dolar AS terus meningkat, sekali gus membayangkan prospek dolar AS lemah adalah tipis walaupun terdapat jangkaan kadar faedah lebih rendah.

“Berikutan itu, ringgit dijangka mendatar namun kekal menghampiri paras sokongan segera pada RM4.6611 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada dagangan awal, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding euro pada 5.0988/1042 daripada 5.0946/1022 pada Rabu, rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1363/1399 daripada 3.1338/1387 namun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8484/8547 daripada 5.8550/8637.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain, termasuk tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.5/301.1 daripada 300.0/300.6, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4892/4934 daripada 3.4838/4893.

Unit tempatan itu susut berbanding baht Thailand kepada 13.2837/3043 daripada 13.2702/2957 semalam dan turun berbanding peso Filipina pada 8.43/8.45 daripada 8.42/8.44 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok