Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa

June 1, 2023 · Isu semasa

Seorang Menteri Kewangan sepenuh masa diperlukan untuk menangani isu kejatuhan ringgit yang sedang dihadapi negara, kata Syahir Che Sulaiman.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata seorang Menteri Kewangan yang berdedikasi dan fokus diperlukan negara untuk memastikan keadaan ekonomi serta kewangan negara dapat stabil, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku sekarang ini.

Syahir berkata walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah menaikkan kadar faedah semalaman (OPR) namun rakyat Malaysia masih menanti strategi daripada perdana menteri atau Menteri Ekonomi Rafizi Ramli untuk menangani isu tersebut.

Menurutnya penjelasan awam perlu ditingkatkan supaya rakyat faham situasi getir yang sedang dihadapi susulan nilai ringgit jatuh, import mahal, kos bahan meningkat dan harga barang juga meningkat.

”Kita masih menunggu formula dan strategi yang akan dikemukakan oleh perdana menteri, menteri kewangan dan menteri ekonomi. Setakat ini masih belum kelihatan strategi yang benar-benar ampuh untuk Malaysia bertahan.

“Malah perdana menteri yang juga memegang jawatan menteri kewangan dilihat sukar memberikan fokus di MOF, dengan bebanan tugas yang berat sebagai perdana menteri di luar.

“Peranan dan penumpuan seorang menteri kewangan adalah amat penting dalam tempoh kritikal ini, khususnya bagi mengimbangi langkah yang diambil BNM yang mengawal dasar monetari.

“Inilah sebahagian daripada kegusaran kami ketika pembentukan kabinet, apabila perdana menteri memegang portfolio menteri kewangan,” katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, BNM mengaitkan punca penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika disebabkan ketidaktentuan ekonomi global, seperti isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) dan tekanan pada kedua-dua sektor perbankan AS dan Eropah.

Bank pusat itu mengingatkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar AS atau mana-mana mata wang tidak menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia, yang dijangka terus berkembang empat hingga lima peratus tahun ini.

Sementara itu Syahir berkata tempoh 6 bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding dolar Amerika dan matawang lain sehingga mencecah paras RM4.60/USD, dan dijangka boleh mencecah paras RM5.00/USD jika tidak dikawal.

Jelasnya, penyusutan Ringgit bukan sekadar kejatuhannya berbanding dolar AS, tetapi juga lemah berbanding dolar Singapura, Baht Thailand dan Rupiah Indonesia.

Katanya secara umum penyusutan ringgit kali ini disebabkan faktor ekonomi dan kemelut hutang di Amerika Syarikat, serta ketidaktentuan ekonomi global sehingga menjejaskan permintaan terhadap semua mata wang, termasuklah Ringgit.

“Persoalannya, mungkin ada faktor dalaman yang menyebabkan Ringgit menjadi lemah berbanding mata wang negara jiran.

“Pada masa sama, jualan bersih oleh pelabur asing di Bursa Malaysia telah memasuki minggu kelima berturut-turut dengan aliran keluar berjumlah RM58.7 juta minggu lalu,” jelas Syahir.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
1 jam lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
13 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
34 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
50 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok