Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan

June 18, 2022 · Isu semasa

Prospek ekonomi global yang tidak menentu dijangka terus mempengaruhi prestasi ringgit yang diunjur susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini juga berkait rapat perbincangan mengenai kelembapan ekonomi pada masa akan datang yang terus menjadi tumpuan serta kebimbangan ramai, lapor Bernama.

“Beberapa siri laporan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) akan diumumkan minggu depan dengan jangkaan ramai menyatakan sentimen perniagaan akan terus menyederhana.

“Pada masa ini misalnya, paras rintangan bagi dolar AS berbanding ringgit adalah sekitar 4.45. Jika mengambil kira ketidaktentuan semasa, ia mungkin dalam jajaran sedemikian selagi kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi global terus ketara,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dolar AS di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah dalam usaha mengekang peningkatan inflasi.

Malah, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) membuat kejutan pada mesyuaratnya minggu ini dengan mengumumkan keputusan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus kepada lingkungan 1.50-1.75 peratus.

Seorang peniaga berkata, inflasi yang terus meningkat mendadak telah memaksa bank pusat tersebut untuk bertindak menaikkan angka kadar faedah terbesar sejak 1994.

Ini turut disusuli dengan tindakan serupa oleh bank-bank pusat di serata Eropah pada Khamis, sekali gus membayangkan kenaikan kos pinjaman bagi meredakan inflasi yang sebaliknya akan menjejaskan simpanan serta keuntungan korporat.

Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar AS iaitu di paras 4.4000/4040 pada Jumaat berbanding 4.4000/4030 seminggu sebelumnya.

Unit tempatan itu bagaimanapun diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama bagi asas Jumaat hingga Jumaat.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1753/1786 daripada 3.1856/1880 pada minggu sebelumnya dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2655/2688 daripada 3.2870/2895 sebelum ini.

Ia turut mengukuh berbanding euro kepada 4.6314/6357 daripada 4.6618/6650 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4208/4257 daripada 5.4784/4822 pada minggu lepas.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok