Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar

December 11, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila nilai dolar AS mengukuh selepas data senarai gaji utama bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang terkini melepasi jangkaan.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas pada paras 4.6625/6665, lapor Bernama.

Menurut laporan, data NFP AS mencatatkan sejumlah 199,000 pada bulan November berbanding anggaran konsensus sebanyak 180,000.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata setelah diteliti, peningkatan mendadak dalam NFP AS disebabkan terutamanya oleh pekerja yang kembali daripada mogok mereka.

“Dari sudut itu, pasaran buruh dilihat lemah yang boleh menyebabkan ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berubah arah apabila mereka bersidang semula pada 12-13 Dis.

“Buat masa ini, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal terkawal,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.8685/8748 daripada 5.8542/8593 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding euro kepada 5.0359/0413 daripada 5.0243/0286 minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2164/2200 daripada 3.2307/2337 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Mata wang tempatan tidak berubah nilainya berbanding peso Filipina pada 8.41/8.43 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1283/1494 daripada 13.1933/2094.

Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4844/4884 daripada 3.4818/4853 minggu lepas dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.7 daripada 300.4/300.8 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok