Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut

December 7, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.1 peratus kepada 104.153 mata.

Jangkaan para pelabur mengenai pengurangan kadar yang lebih awal oleh Bank Pusat Eropah turut membantu menyokong dolar AS.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada paras 4.6705/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6665/6700 penutup semalam, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bon terus meningkat berikutan situasi petunjuk pasaran buruh yang semakin lemah.

Menurutnya, pengurus dana dilihat yakin dengan pasaran bon dengan jangkaan pertumbuhan global yang lebih lemah pada 2024, justeru, mengalihkan wang mereka kepada bon ekonomi utama.

“Oleh itu, memandangkan Indeks Dolar AS terus kekal positif, ringgit dijangka berlegar antara RM4.66 hingga RM4.68 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.0301/0350 daripada 5.0356/0394 pada penutupan Rabu, lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.8666/8723 daripada 5.8793/8837 tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.1757/1790 daripada 3.1672/1700 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.44/8.45 pada hari Rabu dan lebih tinggi berbanding baht Thai pada 13.2700/2903 daripada 13.2714/2908.

Nilai mata wang tempatan itu bagaimanapun tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 301.4/301.8 daripada 301.1/301.5 dan lemah sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.4810/4849 daripada 3.4801/4830 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok