Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut

November 10, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini selepas hasil bon Amerika Syarikat meningkat susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mengenai dasar monetari negara itu dan lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.03 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7220/7275 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.6895/6965, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun meningkat 9.0 dan 14.0 mata asas untuk ditutup masing-masing pada 5.02 peratus dan 4.63 peratus, manakala Indeks Dolar AS ( DXY) menambah 0.29 peratus kepada 105.904 mata.

“Pasaran kewangan sangat menantikan kenyataan Powell mengenai dasar monetari semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malam tadi.

“Memang benar, ketua Rizab Persekutuan membayangkan kadar faedah AS mungkin perlu dinaikkan bagi mengekang inflasi,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan bahawa komen Powell lebih kepada bank pusat tidak 100 peratus yakin kitaran kenaikan kadar telah berakhir.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka lemah dan berlegar sekitar RM4.69 hingga RM4.70.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1199/1238 daripada 3.1050/1099 pada penutupan Khamis, rendah berbanding euro kepada 5.0370/0428 daripada 5.0173/0248 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7703/7770 daripada 5.7695/7781 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit turut bergerak lemah.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4703/4746 daripada 3.4563/4617 dan rendah berbanding baht Thai pada 13.1914/2134 daripada 13.1802/2065 sebelumnya.

Ringgit turut merosot berbanding peso Filipina pada 8.43/8.45 daripada 8.39/8.41 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.1 daripada 299.5/300.1 pada penutupan dagangan Khamis.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada paras RM4.76 berbanding dolar
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok