Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?

August 10, 2022 · Isu semasa

Jangkaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) boleh disiapkan setahun dua lagi seperti diramalkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalak tidak logik sama sekali.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mempersoalkan Hishammuddin yang menjangka pembinaan LCS dapat siap dalam tempoh yang singkat walhal proses reka bentuk terperinci yang sepatutnya dilengkapkan pada 2016 belum siap sepenuhnya dan hanya siap 80 peratus.

“Asas reka bentuk fasa kedua pula bermula 3 Oktober 2013 dan patut dimuktamadkan pada 31 Januari 2015 tetapi hanya siap sepenuhnya pada 20 Januari 2016 iaitu 17 bulan 20 hari lewat.

“Reka bentuk terperinci fasa ketiga pula sepatutnya bermula 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016, namun sehingga sekarang masih belum selesai. Bagaimana mungkin Hishamuddin kata LCS pertama akan siap dalam setahun atau dua tahun lagi?,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Hishammuddin semasa sidang Dewan Negara memberitahu tidak dapat memberi jangka masa yang tepat bila LCS akan dapat disiapkan tetapi tidak menolaknya boleh disiapkan sekurang-kurangnya setahun dua lagi.

Jelas Chin Tong, proses reka bentuk adalah perkara penting dalam pembinaan sesebuah kapal tetapi daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab menyiapkan projek itu pula masih berdepan masalan kewangannya.

BNS kini diberikan tempoh enam bulan untuk mencari dana mobilisasi bagi memulihkan projek berkenaan dan dana akan digunakan untuk membayar France Naval Group dan pihak pengeluaran produk tulen (OEM).

BNS dilaporkan berdepan masalah aliran tunai apabila membelanjakan sejumlah besar wang yang sepatutnya untuk projek LCS bagi membayar hutang-hutang lapuk menyebabkan rekaan terperinci LCS tidak dapat disiapkan.

“Proses reka bentuk adalah proses paling penting kerana tanpa reka bentuk yang diluluskan oleh kedua-dua kontraktor, projek LCS tidak dapat diteruskan,” katanya lagi.

PAC pada minggu lepas mendedahkan, tiada satu pun LCS disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada BNS secara rundingan terus.

Pelbagai kepincangan didedahkan PAC berhubung pembinaan LCS dan perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 ketika pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO.

Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS.

Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013, selama 10 tahun dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan.

Lima daripada enam kapal itu sepatutnya diserahkan bulan ini, kata PAC pada Khamis, 4 Ogos lalu. LCS adalah kapal yang lebih kecil yang umumnya direka untuk operasi berhampiran pantai.

Tetapi, tiada satu pun daripada enam kapal yang ditempah TLDM telah dihantar oleh kontraktor tempatan BNS, sedangkan kerajaan BN dan UMNO telah membayar lebih RM6 bilion.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
24 jam lalu· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok