Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga

October 6, 2022 · Isu semasa

Rakyat Malaysia terus terbeban akibat kenaikan berterusan harga bahan makanan, tatkala UMNO dan Barisan Nasional (BN) ghairah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tanpa mempedulikan nasib mereka.

Rata-rata peniaga dan pengguna merungut dengan kenaikan harga makanan, terutama ayam, yang terus meningkat beberapa kali sejak hujung bulan lalu.

Menurut tinjauan BH di Pulau Pinang hari ini, peniaga ayam di Pasar Awam Jalan Patani, mendakwa harga ayam mentah dinaikkan dua kali oleh pemborong sejak hujung bulan lalu hingga hari ini.

Muhammad Shamil Haja Mubarak Ali berkata harga dijangka meningkat lagi minggu depan dan pemborong didakwa menaikkan harga sehingga 60 sen sejak akhir bulan lalu, melebihi harga siling RM8.10 sekilogram.

Ketika ini, beliau berkata, bekalan ayam daripada pemborong diperoleh pada harga RM8.70 sekilogram.

“Kami terpaksa jual RM9 sekilogram kepada pelanggan untuk ayam siap dibersihkan walaupun ada yang merungut sebab harga naik.

“Setiap kali ditanya kepada pemborong dan penternak, mereka kata kenaikan harga disebabkan peningkatan harga dedak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad Shamil berkata, peniaga berasa serba salah berikutan ada khabar angin dalam kalangan pemborong dan penternak mengatakan harga ayam akan dinaikkan 30 sen minggu depan.

Jika itu berlaku, jelasnya, peniaga juga terpaksa menaikkan sedikit harga jualan ayam kepada pengguna.

“Kami tak tahu bagaimana lagi ingin menjawab kepada pembeli sebab harga ayam ini seperti tiada kesudahan,” katanya.

Peniaga ayam di Pasar Awam Pulau Tikus, Abdul Rahim Abdul Rahman, berkata kini menjual ayam dia kini terpaksa menjual pada harga RM11 bagi setiap sekilogram ayam yang sudah dibersihkan.

“Sekarang harga seekor ayam pun mencecah RM18 dan jika ini berterusan, ‘sakitlah’ peniaga.

“Harga perlulah konsisten bagi kesenangan peniaga dan pembeli,” katanya.

Difahamkan, pemborong menaikkan harga sehingga 70 sen bagi setiap kilogram ayam sebagai caj penghantaran.

30 September lalu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini juga walaupun sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun bencana seperti banjir akan berlaku.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok