Prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais ditangguh

November 7, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.

Rayuan oleh bekas pakar patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 60, pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran, 52, dan empat lagi individu yang tidak bekerja R. Dinishwaran, 31, A.K. Thinesh Kumar, 30, M. Vishwanath, 33 dan S. Nimalan, 30, sepatutnya didengar hari ini oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, lapor Bernama.

Bagaimanapun, peguam M. Manoharan memohon mahkamah bagi penangguhan singkat, memandangkan beliau baru dilantik oleh mahkamah mewakili Dinishwaran pada 31 Okt lepas dan masih belum meneliti rekod rayuan untuk menyediakan kes itu.

Katanya walaupun mahkamah telah memberikan beliau pautan kepada rekod rayuan, beliau memerlukan salinan cetak rayuan itu kerana beliau tidak mahir memuat turun dokumen berkenaan. Beliau juga berkata rekod rayuan itu adalah sangat panjang.

Peguam yang mewakili Dr Kunaseegaran, Datuk N. Sivananthan memberitahu mahkamah beliau dan peguam lain yang mewakili perayu tidak membantah penangguhan itu.

Hakim Hadhariah menetapkan tiga hari pada 4, 7 dan 14 Dis untuk pendengaran rayuan itu.

“Tiada sesiapa dibenar menghantar surat untuk penangguhan. Ini adalah tarikh muktamad, tiada penangguhan dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Vishwanath, bertanya kepada mahkamah sama ada beliau boleh mengemukakan hujahannya pada 14 Dis kerana beliau tiada di sini pada 4 dan 7 Dis.

Peguam Burhanudeen Abdul Wahid mewakili Thinesh Kumar, peguam Kitson Foong bagi pihak Ravi Chandaran dan peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Nimalan. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Dusuki Mokhtar, Mohd Fairuz Johari dan Mohd Fuad Abdul Aziz bagi pihak pendakwaan.

Pada 10 Julai 2020, kesemua lelaki itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah membunuh Morais di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana. Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 Sept 2015.

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah (kini hakim Mahkamah Rayuan) berpendapat kesemua enam lelaki itu mempunyai niat bersama untuk membunuh Morais.

Beliau berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah berhubung penglibatan enam lelaki itu dalam pembunuhan berkenaan.

Enam lelaki itu kemudiannya memfailkan notis rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok