Portal insurans Selangor yang kontroversi sedang diperkukuh ciri keselamatan, kata MBI

August 25, 2023 · Isu semasa

Tidak ada elemen pembocoran data rakyat dan penduduk Selangor berlaku menerusi Program Insurans Am Selangor (INSAN) kerana ia dilindungi oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa dakwaan wujudnya elemen pembocoran data rakyat dan penduduk negeri itu adalah tidak tepat, ia selepas beberapa pengundi Selangor mendakwa data peribadi mereka digunakan tanpa mendapat kebenaran dalam portal itu.

“Disebabkan dakwaan tidak tepat yang disebar luas, beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan laman sesawang (program INSAN) ini untuk tujuan yang berniat jahat.

“Oleh itu, laman sesawang berkenaan sedang diperkukuhkan dengan ciri keselamatan tambahan dan akan aktif dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

MBI Selangor memaklumkan inisiatif kerajaan Selangor yang bermula 1 Okt 2022 bertujuan memberi perlindungan insurans am kepada enam juta rakyatnya dengan badan korporat itu dilantik sebagai agensi pelaksana, manakala Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan.

INSAN adalah antara inisiatif dan komitmen kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kewangan rakyat apabila berlakunya kemalangan atau kematian selaras dengan laporan peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia daripada 370,286 pada 2021 kepada 545,588 pada 2022.

“Rakyat Selangor berumur dari 30 hari hingga 80 tahun layak dilindungi di bawah INSAN. Terdapat dua jenis skim INSAN iaitu konvensional yang disediakan oleh AmGeneral Insurance Berhad dan bagi takaful pula disediakan oleh Takaful Ikhlas General Berhad.

“Sehingga Julai 2023, sejumlah 44 kes tuntutan telah diselesaikan merangkumi jumlah pemberian pampasan sebanyak RM537,000 meliputi kes kematian dan kecacatan kekal,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu disebabkan aduan kekangan untuk mendaftar khususnya warga emas, kerajaan Selangor mengambil inisiatif melaksanakan proses prapendaftaran secara automatik dengan memadankan maklumat daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya dan nombor kad pengenalan rakyat serta penduduk negeri.

“Meskipun prapendaftaran automatik ini menyediakan polisi kepada rakyat dan penduduk di negeri Selangor, setiap penerima polisi perlu menyempurnakan proses pengesahan diri serta bersetuju menerima tawaran perlindungan ini.

“Jika pengesahan tidak dibuat, tuntutan perlindungan sosial RM10,000 untuk kes kematian atau kes hilang upaya akibat kemalangan tidak akan diberikan. Tidak berlaku pembocoran data kerana data program INSAN dilindungi oleh kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berhubung program INSAN boleh dirujuk pada lampiran soalan lazim yang disertakan dan laman sesawang INSAN di www.programinsan.com.

Berita berkaitan
Berjaya Corp catat kerugian bersih RM117.30 juta
August 30, 2023· Isu semasa
Pempengaruh difitnah penyokong PH berhubung isu IC buat laporan polis
August 26, 2023· Isu semasa
Memahami kontroversi skim insurans Selangor, apa yang perlu anda tahu
August 24, 2023· Politik
Skandal skim insurans Selangor, menanti penjelasan Amirudin
August 24, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
9 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok