Pempengaruh difitnah penyokong PH berhubung isu IC buat laporan polis

August 26, 2023 · Isu semasa

Seorang pempengaruh, Dd Chronicles atau Dediy Sulaeman Ra’e, 43 mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah penyokong Pakatan Harapan (PH) yang menularkan maklumat peribadinya tanpa kebenaran.

Penyokong PH sebelum ini menularkan kad pengenalan (IC) Dd Chronicles dalam media sosial tanpa kebenarannya dengan mendakwa beliau seorang pemegang IC merah.

Jelasnya, tindakan beberapa pihak yang mendakwa beliau merupakan pendatang asing sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di negara tercinta ini, saya juga mendapat pendidikan di sini, jadi mana datangnya dakwaan yang mengatakan saya orang luar.

“Biarpun ibu bapa saya memegang kad pengenalan merah, tapi Allah takdirkan saya lahir di sini, jadi saya rasa dakwaan yang mengatakan saya pendatang asing adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal waras,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Sungai Buloh.

Katanya, tindakannya berkempen juga seharusnya tidak dijadikan isu kerana ia merupakan satu kebebasan untuk berpolitik di negara ini.

“Malaysia merupakan negara demokrasi, jadi saya merasakan tidak menjadi salah untuk saya menyokong atau memilih wadah politik tertentu.

“Saya berhak menyuarakan pandangan dan pendapat saya demi masa depan anak cucu saya kelak,” katanya.

Menurutnya, awalnya dirinya tidak terkesan dengan dakwaan berkaitan kad pengenalan dan identitinya itu yang disebarkan di media sosial.

“Saya terus terang saya tidak terkesan apa-apa, sebab saya tahu, segala tohmahan tersebut tidak benar.

“Namun apabila perkara ini mengganggu emosi isteri dan anak saya, saya sifatkan ia merupakan satu tindakan melampau dan sewajarnya segera dihentikan,” katanya.

Sementara itu, peguamnya, Asiah Abd Jalil berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap Dediy disifatkan sebagai sesuatu yang mengancam keselamatan.

“Walapun anak guam saya telah tunjukkan kad pengenalannya namun dituduh pula ia palsu, segala tuduhan tersebut lama kelamaan makin menjadi dan mengancam keselamatan beliau.

“Sehingga ada yang menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ambil tindakan, minta Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu, jadi atas faktor ini menyebabkan beliau tampil membuat laporan polis,” katanya.

Ujar Asiah, laporan juga dibuat berkaitan satu polisi insurans yang tertera nama Dediy telah disebarkan di media sosial.

“Beliau secara peribadi tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk menyertai skim insurans tersebut.

“Selain itu, beliau juga tidak pernah menandatangani apa-apa surat permohonan, surat persetujuan atau sebarang kontrak insurans dengan skim tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
18 jam lalu· Isu semasa
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah
September 29, 2023· Isu semasa
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
18 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok