Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin

September 30, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perobohan stadium itu dijangka akan dilaksanakan selewatnya awal November depan setelah KM yang dipohon diluluskan, lapor Bernama.

“Sememangnya (perobohan) stadium akan bermula tahun ini. Kalau tidak awal mungkin akhir Oktober. Kalau tidak awal November. Ini sasaran kami.

“Insya-Allah tahun ini akan mula perobohan dan tahun 2026 (KSSA) akan siap. Itu sasaran kita,” katanya yang ketika mengulas berhubung perkembangan terkini proses pembangunan KSSA selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), hari ini.

Media pada Jun lepas melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah menghantar permohonan KM bagi melaksanakan perobohan stadium berkenaan.

Amirudin berkata ia berikutan Stadium Shah Alam merupakan struktur yang besar dan banyak proses perlu dilihat serta diteliti.

Berita berkaitan
Berjaya Corp catat kerugian bersih RM117.30 juta
August 30, 2023· Isu semasa
Portal insurans Selangor yang kontroversi sedang diperkukuh ciri keselamatan, kata MBI
August 25, 2023· Isu semasa
Memahami kontroversi skim insurans Selangor, apa yang perlu anda tahu
August 24, 2023· Politik
Amirudin pegang lima portfolio utama sebagai MB Selangor
August 23, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok