Polis tahan pemilik agensi haji tipu bakal jemaah terkandas di KLIA

July 9, 2022 · Isu semasa

Pemilik syarikat agensi pelancongan yang didakwa menipu bakal jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah ditahan polis.

Seramai lima individu ditahan pihak berkuasa, termasuk pemilik syarikat agensi tersebut dalam satu serbuan di ibu negara kira-kira jam 9 malam semalam.

Penahanan semua suspek itu disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, seramai dua lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi tersebut.

“Lima individu yang ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit yang terletak di Danau Kota.

“Kami mengambil keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi membantu siasatan,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Ashari lagi, sebanyak 23 laporan polis diterima di Kuala Lumpur berhubung kes terbabit.

“Sebanyak 23 laporan itu dilaporkan di Wangsa Maju, Sentul dan Dang Wangi membabitkan kerugian berjumlah RM760,000.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan ira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA di Sepang, pagi kelmarin dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Penerbangan individu itu dijadualkan ke Jeddah Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan dokumen tidak lengkap, sebelum penerbangan baru dijadualkan pada jam 4.30 petang kelmarin dan tertangguh lagi pada jam 7 malam, hari sama.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok