Polis tahan lelaki tetak rakan selepas tak diberi pinjam duit

November 8, 2023 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menetak rakannya, selepas rakannya itu enggan meminjamkan wang, dalam kejadian di Bukit Pelandok, Port Dickson di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berumur 33 tahun dengan 12 rekod jenayah berkaitan dadah itu merupakan individu yang dikehendaki polis, dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, lapor Bernama.

Beliau berkata suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan polis turut merampas sebilah parang di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah pada 1.50 pagi tadi, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian.

Dalam kejadian semalam, polis menerima laporan daripada orang awam pada pukul 6.15 petang berhubung serangan hingga mengakibatkan seorang lelaki berumur 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan kiri, siku kanan serta lutut kanan.

“Punca kejadian adalah kerana lelaki itu enggan meminjamkan wang kepada suspek, dan suspek ketika itu yang dalam pengaruh alkohol bertindak melanggar serta menyerang mangsa menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok