Polis tahan 5 lelaki bakar mercun tepi Plaza Tol Setia Alam

May 17, 2022 · Isu semasa

Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu tersebut berusia dalam lingkungan 30 dan 42 tahun, ditahan bagi membantu siasatan selepas tular satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok.

Katanya siasatan awal mendapati kejadian yang tular itu berlaku pada 14 Mei lepas sekitar jam 8 malam.

“Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.

“Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kelima-lima suspek ditangkap lebih kurang jam 12 tengah hari tadi di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Shah Alam hasil soal siasat dan pengecaman video yang tular tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Permohonan reman terhadap semua suspek dibuat esok,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok