Polis buru pemandu Grab tunjuk ‘anu’ kepada pelanggan

October 8, 2021 · Isu semasa

Polis Subang Jaya sedang memburu seorang pemandu e-hailing Grab bagi membantu siasatan berkelakuan tidak senonoh menunjukkkan kemaluan kepada seorang wanita pada 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten komisioner Abd Khalid Othman berkata pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang mengatakan dia sedang mengambil barang dipesan daripada pemandu e-hailing tersebut.

“Pengadu telah ternampak zip seluar suspek dalam keadaan terbuka sehingga menampakkan kemaluan suspek.

“Apabila pengadu hendak mengambil barang dari suspek tersebut, suspek telah memegang pergelangan tangan kiri pengadu namun pengadu menarik semula tangannya dan terus beredar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abd Khalid berkata pengadu kemudian membuat laporan di balai polis Subang Jaya kira-kira jam 6.36 petang hari sama.

Sehubungan itu, katanya polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes itu.

“Semasa kejadian, suspek menggunakan kenderaan jenis Perodua Bezza yang mana adalah berbeza daripada rekod yang terdapat dalam pesanan aplikasi Grab,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pusat kawalan daerah Subang Jaya melalui telefon 03-56210343 untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok