Petronas jumpa ruang baharu simpan minyak, gas di luar pesisir Miri

March 30, 2021 · Isu semasa

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan ruang baharu simpanan minyak dan gas di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di perairan cetek wilayah Balingian, kira-kira 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.

Firma minyak dan gas milik kerajaan itu dalam satu kenyataan mengatakan bahawa telaga eksplorasi Sirung-1 berjaya digerudi hingga kedalaman 2,538 meter pada Februari lalu.

Telaga ‘wildcat’ ini adalah penemuan baharu sebelum wujudnya bukti minyak di situ atau dieksploitasi sepenuhnya, dengan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.

“Penemuan ruang minyak dan gas itu adalah signifikan – melebihi 100 meter di dalam takungan batu pasir Oligosen hingga Pertengahan Miosen – selanjutnya mengesahkan potensi wilayah Balingian, dengan prospek yang masih ada untuk diterokai,” katanya kenyataan itu.

Petronas berkata, PTTEP Sarawak Oil Ltd sebagai pengendali memegang kepentingan 59.5 peratus. MOECO Oil (Sarawak) Sdn Bhd (25.5 peratus), sementara Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, memegang baki 15 peratus kepentingan dalam Blok SK405B.

Naib Presiden Cari Gali dan Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley berkata, penemuan di telaga itu memperkukuh bukti wujudnya minyak ,lebih-lebih lagi di kawasan wilayah Balingian yang belum diterokai.

Ini direalisasikan selepas kejayaan yang sama di telaga tambahan di Medan D18.

“Kami berkedudukan baik untuk meneruskan usaha yang sama di dua blok lain di wilayah yang sama iaitu Blok SK411 dan SK306. Oleh itu, mengusahakan blok ini dan kawasan sekitarnya yang lain tetap menjadi bahagian penting dalam pelan pertumbuhan jangka panjang Petronas dan rakan kongsi kami.

“Kami amat gembira atas kejayaan berterusan dengan rakan kongsi kami dalam penemuan berturut-turut tahun ini di Malaysia dan tetap optimis dengan aktiviti enerokaan kami untuk 2021,” katanya.

Bagi MBR 2021, Petronas menawarkan 13 peluang baharu di lembangan prolifik Malaysia bersertakan terma fisikal dan bukan fisikal yang ditambah baik.

Langkah itu adalah sebahagian usaha lanjut Petronas untuk berkembang seiring dengan rakan kongsinya di Malaysia.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok