Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’

December 5, 2023 · Isu semasa

Seorang pesara tentera kerugian RM125,000 apabila wang simpanan saraannya lesap akibat terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil Pos Laju dan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 40-an itu menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, Sabtu lepas yang mendakwa daripada Pos Laju Kuala Lumpur kerana terdapat bungkusan yang tidak dituntut, lapor Bernama.

“Mangsa dimaklumkan beliau mempunyai barang terlarang seperti kad pengenalan dan kad kredit yang menyebabkan bungkusan itu disita oleh kastam.

“Panggilan itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan mangsa telah bercakap dengan ‘Sarjan Suraya’ untuk membuat laporan sebelum dimaklumkan kesnya akan diambil alih oleh ‘Inspektor Dani’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata mangsa kemudian turut dimaklumkan bahawa dia telah terlibat dalam kegiatan dadah dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada peringkat tertinggi untuk membuat aduan dan rayuan selain mangsa turut dimaklumkan semakan terhadap akaun banknya perlu dibuat dan akan merujuk perkara berkenaan kepada Bank Negara.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran untuk siasatan dan pembersihan dana. Mangsa telah melakukan transaksi wang simpanan persaraannya secara berperingkat pada Sabtu dan Ahad lepas iaitu sebanyak tiga kali ke dalam dua akaun bank suspek hingga berjumlah RM125,000.

“Mangsa telah menghubungi IPK Pulau Pinang untuk membuat semakan dan mahu bercakap dengan Sarjan Suraya dan Inspektor Dani, namun pengadu dimaklumkan bahawa dirinya telah ditipu dalam urusan berkenaan,” katanya.

Arshad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok