Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis

October 24, 2023 · Isu semasa

Seorang wanita pesara kerajaan kerugian RM127,560 akibat diperdaya sindiket penipuan penghantaran barang dengan menggunakan modus operandi penipuan panggilan atau phone scam, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 61 tahun itu menerima satu panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 25 Sept lepas, memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier dan menyatakan pengadu mempunyai satu bungkusan yang bermasalah, lapor Bernama.

“Pengadu telah disambungkan kepada talian ‘Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang’ oleh pekerja syarikat kurier dan telah bercakap dengan ‘Inspektor’ dan ‘Sarjan’.

“Pengadu telah diperdayakan oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis untuk mengemukakan gambar muka hadapan kad bank miliknya kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengadu hanya sedar tentang penipuan berkenaan setelah anak perempuannya memeriksa telefon bimbit miliknya itu.

“Dalam kes ini, pengadu mengalami kerugian sejumlah RM127,560 dalam tiga transaksi ke tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 hingga 10 Okt,” katanya.

Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon mencurigakan khususnya yang meminta maklumat akaun bank peribadi mahupun meminta melakukan pemindahan atau pembayaran wang ke akaun bank lain.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika mereka merupakan mangsa penipuan phone scam atau jenayah siber dan baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai, selain menyemak akaun bank dan nombor telefon yang mungkin terlibat dalam kes penipuan melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my.

Berita berkaitan
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok