Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari

October 1, 2023 · Isu semasa

Seorang pesara tentera yang dipercayai menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali bagi membantu siasatan kes itu, lapor Bernama.

Terdahulu, suspek berusia 38 tahun yang berpakaian lokap dan bergari tiba di pekarangan mahkamah dengan kenderaan polis pada pukul 8.30 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam mati isterinya, 31 tahun dengan sebilah pisau dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pada kira-kira pukul 10 pagi.

Mangsa, seorang jururawat dipercayai ditikam pada bahagian dada kiri dan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada tubuhnya.

Ahmad Mohsin berkata suspek dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok