Persediaan berhadapan banjir kilat

January 3, 2022 · Isu semasa

Pada hari ini dapat kita perhatikan bahawa pembangunan yang rencam kian mendominasi segenap bumi Malaysia.

Namun, tanpa kita sedari di sebalik kemajuan dan kecanggihan mekanisme yang dicapai telah mengundang bencana khususnya berkaitan pelestarian alam sekitar.

Salah satu daripada bencana alam tersebut ialah banjir kilat yang kini kian menjadi isu nasional dan sering diperdebatkan dalam kalangan ahli politik malah rakyat negara ini.

Menurut Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd. Rasid Jaapar, beliau menekankan pemahaman terhadap risiko bencana serta pengukuhan ke­siapsiagaan menghadapi bencana bah itu.

“Badan bertanggungjawab wajib mengutamakan pencegahan bencana banjir daripada hanya sekadar bertindak secara pembetulan atau dalam erti kata lain hanya mula menggerakkan tenaga kerja selepas kejadian bah berlaku.

“Kajian berterusan menggunakan pendekatan pelbagai bidang seperti kejurute­raan, geologi, sosial sains dan ekonomi hendaklah digerakkan bagi mengatasi masalah ini,” jelasnya.

Tambah Abd. Rasid, pihak bertanggungjawab hanya mampu menuding jari dan menyorok di belakang lakonan aktivis di media sosial bagi menutup kealpaan dalam menangani bencana kali ini.

Dalam pada itu, sepanjang musibah warga media sosial bersatu memberi amaran kenaikan air, info mangsa banjir terkandas serta berganding bahu mengge­rakkan bantuan tempat tinggal, pakaian baharu, selimut dan makanan buat mangsa bah.

Ini jelas menunjukkan rakyat negara ini mempunyai sifat mo­ral yang tinggi ketika mengharu­ngi kegelapan dan kesusahan bersama.

Tetapi, rakyat hendaklah berhati-hati menggunakan media sosial kerana ada pihak sanggup membuat video dan gambar palsu banjir bertujuan menakutkan pengguna selain mengaut keuntungan dengan membuat tabung derma palsu.

Menurut pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, ini merupakan satu perkara berbahaya dek faktor media sosial yang terlalu cepat bergerak sehingga sesuatu kebenaran sukar untuk diselidiki dahulu.

“Kita gemar menggunakan pemikiran gaya lama dan menggunakan akal yang pendek ketika dihidangkan dengan informasi baharu.

“Kebanyakan pengguna media sosial hanya melihat apa yang di depan mata sahaja dan membuat keputusan berdasarkan pemikiran tanggapan serta persepsi,” katanya.

Pada waktu yang sama, beliau menasihati pengguna agar membuat pemikiran kritis dan memikirkan alasan-alasan logik di sebalik setiap hantaran di media sosial terutamanya semasa bencana banjir.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023· Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok