Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau

July 1, 2023 · Isu semasa

Beberapa kawasan di sekitar daerah Barat Daya, di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak awal pagi hari ini, namun setakat ini tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara kawasan yang dinaiki air hingga 50 sentimeter ialah Balik Pulau, Sungai Pinang dan Teluk Bahang selepas hujan lebat sejak pukul 3 pagi tadi, sehingga menyebabkan puluhan rumah dimasuki banjir, menurut laporan Bernama.

Seorang penduduk di Sungai Pinang, Hamisah Sariman, 40-an berkata mereka sekeluarga sedang tidur dan hanya menyedari air mula masuk ke dalam rumah sekitar pukul 3.30 pagi, ekoran hujan lebat.

“Saya terjaga apabila dengar hujan makin lebat dan bila keluar bilik, mendapati ruang tamu telah penuh dengan air hujan.. saya terus kejutkan suami dan anak-anak, kami cuba angkat barang-barang elektrik ke tempat tinggi supaya tak rosak.

“Ini pertama kali rumah kami dimasuki air banjir pada tahun ini, air naik hingga paras lutut saya kerana hujan semakin lebat hingga pagi tadi…nasib baik selepas pukul 10 hujan semakin reda, hari ini tak raya ke mana-mana lah nak kena kemas rumah,” katanya.

Sementara itu, penduduk di kawasan Flat Indah di Jalan Hassan Abbas, di Teluk Bahang di sini turut terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat dan air sungai yang terletak bersebelahan dengan flat tersebut melimpah mengakibatkan banjir sehingga ke paras lutut orang dewasa.

Selain kawasan flat itu, beberapa buah rumah di kawasan perumahan kampung nelayan di situ juga turut dinaiki air dan banjir mula surut kira-kira pukul 10 pagi, namun penduduk masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana masih hujan renyai-renyai.

Seorang penduduk Nur Syazwani Ariffin, 30, berkata beliau terjaga dari tidur kira-kira pukul 3.30 pagi apabila hujan turun dengan lebat dan air dari sungai mula melimpah ke parit, sebelum keluar tengok serta mendapati penduduk mula mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.

“Saya sekeluarga tinggal di tingkat dua flat dan suami turun alihkan kereta dan motosikal ke tempat yang tinggi, nasib baik saya sempat kerana air naik terlalu cepat, Penduduk di tingkat bawah flat ini paling terjejas kerana air naik terlalu pantas dan mereka tidak sempat nak selamatkan barangan elektrik serta perabut,” katanya.

Dalam pada itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beberapa tempat di sekitar daerah Timur Laut mengalami kenaikan paras air dan air bertakung antaranya di Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi (Kebun Lama), Taman Rampas (Sungai Pinang), Jalan Perak, Lilitan Stadium dan Persiaran Perak (Astaka Stadium) kerana hujan berterusan sejak semalam.

“Turut berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan antaranya di kawasan Jalan Loh Poh Heng, Paya Terubong serta laluan di sebelah Recsam menghala ke Jalan Tun Sardon.

“Tindakan segera sedang dijalankan dan laluan tersebut akan dibuka kepada kegunaan orang awam dalam masa terdekat, setelah selesai dan selamat,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
11 Nov hingga Mac tahun depan tempoh Monsun Timur Laut, siap sedia banjir
November 7, 2023· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga 5 Julai
July 1, 2023· Isu semasa
Amaran ribut petir di 11 negeri hari ini
June 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok