Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga 5 Julai

July 1, 2023 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang  melanda kawasan utara Semenanjung termasuk kawasan perairannya sehingga 5 Julai ini.

Ketua Pengarah Met Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata ia susulan angin baratan yang dijangka bertiup kencang di kawasan utara Semenanjung.

“Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu pada sebelah petnag hingga ke awal malam.

“MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

Selain itu, METMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak yang dijangka berlaku, hari ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Berita berkaitan
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
11 Nov hingga Mac tahun depan tempoh Monsun Timur Laut, siap sedia banjir
November 7, 2023· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
October 19, 2023· Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
5 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok