Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous

May 30, 2022 · Isu semasa

Seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenali sebagai Cik Lala ditahan setelah disyaki terbabit dalam kejadian pondan menari separuh bogel dan pembakaran bunga api hingga menganggu ketenteraman awam di Central Walk I-city, Shah Alam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek adalah individu yang menyewa unit terbabit dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan kehadiran kira-kira 50 kenalannya.

Menurutnya tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan laporan polis dibuat Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City.

“Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.

“Suspek ditahan semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut. Polis juga sedang dalam tindakan untuk melakukan beberapa lagi tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, pihak JMB membuat laporan polis pada 28 Mei lalu selepas mendapat ‘WhatsApp’ mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan pembakaran bunga api di dewan UG di Central Walk I-City.

“Mengikut pihak terbabit, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan daripada pelancong di Selangor.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Central Walk I-City.

“Sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti bunyi muzik yang kuat serta terdapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942736.

Terdahulu, tular beberapa video pondan menari dalam keadaan separuh bogel dan pembakaran bunga api.

Berita berkaitan
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
10 jam lalu· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Polis tahan wanita muat naik gambar tatu kalimah Allah
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
26 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
19 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok