Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang

June 4, 2023 · Isu semasa

Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terperangkap dalam kejadian banjir kilat berhampiran Klang Sentral, Jalan Meru dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata kejadian berlaku pada 5.44 pagi apabila wanita tempatan berusia 57 tahun itu melalui kawasan jalan raya yang berlaku limpahan air sebelum tersekat berikutan hujan lebat ketika itu, menurut laporan Bernama.

Mohamadul Ehsan berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan dipercayai terperangkap kira-kira lima minit sebelum kenderaannya ditenggalami air banjir.

“Pemandu wanita itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam, sebelum pihak bomba sampai dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, kawasan tersebut yang sememangnya rendah telah berlaku limpahan air dari longkang berhampiran dengan kedalaman kira-kira 1.3 meter, bagaimanapun air telah pun surut,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023· Isu semasa
[KEMAS KINI] 89 gagal duduki SPM, mangsa banjir di Johor meningkat
March 1, 2023· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
40 buah rumah di Gua Musang terjejas akibat banjir kilat
November 7, 2022· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
9 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok