Permohonan rayuan BPR dibuka Selasa hingga 30 Jun

June 13, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kewangan akan membuka rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula Selasa ini hingga 30 Jun bagi membantu rakyat yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan sedar mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

“Permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM dan penghantaran borang rayuan secara manual di cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM secara janji temu sahaja.

“Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos iaitu BPR tambahan dan Semptember ini bagi BPR fasa tiga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhannya sepanjang tahun ini kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR.

Ia termasuk peruntukan BPR tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

“Bagi tahun ini, kerajaan mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BPR dan hingga kini RM4.6 bilion bantuan BPR sudah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima di seluruh negara pada Februari atau Mac dan Mei lalu.

“Bayaran fasa tiga sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dalam membantu bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat malah akan kekal komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan ini sampai kepada mereka yang disasarkan.

Katanya, ia adalah bagi menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok