Permohonan Najib untuk singkir Hakim dalam kes 1MDB ditolak

August 18, 2023 · Isu semasa

Mahkamah hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Langkah Najib untuk menyingkirkan Sequerah atas alasan berlaku konflik kepentingan tidak diterima Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najibmendakwa Sequerah dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan pernah menjadi rakan kongsi di firma Zain & Co ketika menjadi peguam dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lalu.

Sequerah membuat keputusan menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati tiada sebarang konflik kepentingan yang akan timbul dan kemungkinan beliau akan bertindak berat sebelah terhadap Najib jika terus mendengar perbicaraan kes berkenaan.

Dalam keputusannya, Sequerah yang kini hakim Mahkamah Rayuan dan bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi, berkata beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Jasmine, sama ada secara profesional atau peribadi sejak wanita itu meninggalkan firma berkenaan pada 31 Disember 2008.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak bertemu dengan Jasmine sejak itu atau kira-kira 15 tahun lalu dan tiada bukti dikemukakan di mahkamah yang dapat menunjukkan terdapat sebarang bentuk hubungan antara mereka, sama ada secara profesional atau peribadi, yang kini sudah 15 tahun berlalu.

“Saya tidak fikir ada bukti bahawa (Najib) berjaya menunjukkan saya akan bertindak berat sebelah jika terus mendengar kes ini dan bahawa saya tidak akan dapat menilai kredibilitinya secara objektif jika (Jasmine) dipanggil menjadi saksi.

“Jika Jasmine dipanggil sebagai saksi dalam kes ini sekalipun, tiada bukti menunjukkan saya tidak mampu untuk menilai keterangan dan kredibilitinya secara sedar atau sebaliknya,” katanya.

Jasmine yang juga bekas peguam 1MDB ditahan polis pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Wanita itu dikatakan antara sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

Sequerah kemudian menolak permohonan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya perbicaraan hari ini digantung sementara menunggu pihaknya merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Prosiding kemudian diteruskan dengan mahkamah mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada sesi pemeriksaan balas.

Pada 14 Ogos lalu, Najib memfailkan permohonan supaya Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes 1MDB dan jika ia dibenarkan mahkamah, beliau memohon supaya keseluruhan perbicaraan dibatalkan dan beliau dibebaskan daripada semua pertuduhan.

Secara alternatif, Najib memohon perbicaraan didengar semula oleh hakim baharu atau perbicaraan bersambung dan diteruskan oleh hakim baharu.

Pada prosiding 26 Julai lalu, Sequerah berkata, beliau perlu mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsinya ketika beliau menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.

Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapatkan pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Berita berkaitan
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
21 jam lalu· Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok