Perbicaraan kes Najib ditangguh, perlu dapatkan rawatan di hospital

September 12, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak perlu mendapatkan rawatan di hospital selepas keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berakhir awal tengahari ini selepas bekas Perdana Menteri perlu menerima rawatan di hospital susulan kesan ubat darah tinggi yang diambilnya.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Gopal Sri Ram memaklumkan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najibyang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan awal.

“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

“Dia perlu dihantar ke hospital. Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Pendakwa raya seterusnya memohon penangguhan awal perbicaraan jenayah berikutan Najib perlu dirujuk ke hospital hari ini.

Sequerah kemudian membenarkan permohonan penangguhan awal prosiding hari ini, dan perbicaraan kemudian diteruskan dengan keterangan saksi pendakwaan ke-37, R Uma Devi, yang menguruskan cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Terdahulu pada minggu lalu, media melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan stabil dan melalui semua pemeriksaan kesihatan serta rawatan yang diperlukan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok