Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah

September 26, 2023 · Isu semasa

Saksi kelapan perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau mengambil masa selama dua hari untuk menganalisis data di dalam pemacu pena yang dipercayai mengandungi bahan berunsur lucah.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Yip Chang Ching, 43, berkata data diperoleh disimpan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) PDRM dan beliau turut menyerahkan laporan berhubung perkara itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Jan lepas, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama mengenai hasil analisis saksi terhadap barang kes yang diterima pada 9 Dis 2022.

Bagaimanapun, peguam Ram Singh memohon agar keterangan saksi itu berhubung data yang diperoleh daripada pemacu pena dipadam sehingga pembelaan menerima salinannya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan itu dan memaklumkan Yip boleh disoal semula selepas pembelaan berpeluang meneliti serta mengkaji kandungan pemacu pena dan DVD-R berkenaan.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 9 Jan tahun depan.

Berita berkaitan
Kumpulan media persoal tindakan kerajaan tarik balik kad media Harakah
November 8, 2023· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Kes bunuh warga emas, empat lelaki dituduh di mahkamah
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok