Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib

October 11, 2023 · Isu semasa

Pegawai penyiasat bagi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baharu setelah peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak boleh hadir untuk prosiding pagi esok kerana mempunyai kes di Mahkamah Persekutuan, lapor Bernama.

Muhammad Shafee sedang menyoal balas saksi pendakwaan ke-47, penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan yang akan kembali pada sebelah petang.

Difahamkan bahawa saksi seterusnya ialah ACP Foo Wei Min, yang merupakan ketua pasukan penyiasat jenayah antipengubahan wang haram Bukit Aman pada masa itu.

Foo adalah antara pegawai penyiasat yang melakukan serbuan di unit kondominium milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion, di sini, di mana barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan dirampas kerana dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB pada 17 Mei 2018

Sementara itu, Adam Ariff dalam keterangannya menafikan bahawa beliau hanya mengambil dokumen tertentu dan memilih sumbernya semasa menjalankan analisis jejak wang 1MDB yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Muhammad Shafee mengenai analisisnya berhubung fasa “Aabar-BVI” yang didakwa peguam itu bahawa beliau (Adam Ariff) sengaja meninggalkan bahagian US$233 juta yang kononnya datang daripada penggunaan pinjaman US$975 juta.

Adam Ariff tidak bersetuju dengan saranan Muhammad Shafee bahawa beliau memilih jejak berkenaan setelah diarahkan supaya menganalisis dan mengesahkan apa yang telah dijalankan oleh penyiasat dalam pertuduhan terhadap Najib.

Muhammad Shafee: US$233 juta di Aabar daripada penggunaan pinjaman US$975 juta….pinjaman itu telah pun digunakan sepenuhnya. Jadi, bayaran daripada Aabar Seychelles bukan daripada pinjaman?

Adam Ariff: Saya tidak setuju.

Semasa prosiding sebelah pagi, Muhammad Shafee mengulangi bahawa pembelaan Najib dalam kes itu ialah bekas perdana menteri menyangka wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada Almarhum Raja Saudi.

Muhammad Shafee: Kamu tahu, bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini memberi keterangan bahawa BNM mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengetahui sumber dana yang dikreditkan ke dalam akaun Najib. Kamu mengambil masa kira-kira dua tahun ….

Muhammad Shafee: Oleh itu, adalah munasabah untuk Najib tidak mengetahui sumber wang itu kerana BNM pun tidak tahu sumbernya?

Adam Ariff: Saya tiada komen

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok