Peranan ibu bapa ajak golongan muda mengundi

November 17, 2021 · Isu semasa

Pada Julai 2019, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur minimum mengundi dan menjadi calon pilihan raya daripada 21 ke 18 tahun, selain pendaftaran pengundi yang akan dilakukan secara automatik.

Ini bermakna landskap politik Malaysia akan berubah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan penyertaan jutaan pengundi baru terdiri daripada orang muda.

Oleh itu, parti-parti politik berlumba-lumba untuk menarik perhatian pengundi muda tersebut.

Pun begitu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang  bermula pada 8 November sehingga 20 November ini masih belum melibatkan pengundi berusia 18 tahun namun ramai yang mengharap golongan muda tetap turun mengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan ahli keluarga menunaikan hak dan kewajipan seperti yang telah dinyatakan dalam perlembagaan.

Menurut Pensyarah dan Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Hussain Yusri  Zawawi, Perkara 119(1) menyatakan tiap-tiap warganegara berhak mengundi di dalam bahagian pilihanraya itu dalam mana-mana pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri melainkan hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan pilihan raya.

“Justeru itu, pilihan raya merupakan proses demokrasi yang perlu disuburkan dan disertai oleh semua rakyat Malaysia yang berkelayakan demi memastikan kepimpinan yang dipilih dapat menerajui Malaysia dengan sebaiknya.

“Saya menegaskan bahawa ibu bapa perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dengan memastikan ahli keluarga menunaikan hak dan kewajipan seperti yang telah dinyatakan dalam perlembagaan,” katanya.

Tambah beliau, peluang mengundi hanya lima tahun sekali yang tidak boleh disia-siakan dan inilah masanya anak muda membuktikan kepada negara bahawa demokrasi memberi hak kepada rakyat untuk terus bersuara dengan memilih calon politik yang berkesan dan berimpak tinggi untuk negara.

 “Seperti kata-kata Abraham Lincoln, demokrasi ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Dalam pada itu, personaliti calon yang dikemukakan dalam pilihan raya perlu diberi keutamaan bagi memastikan pentadbiran negara ditadbir oleh ahli politik yang bersih dari salah laku undang-undang. Kegagalan memilih calon disebabkan ketaksuban kepada mana-mana parti memungkinkan negara disalah tadbir dengan ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan amanah.

“Selain itu, calon pemimpin perlu mempunyai semangat dan karisma yang tinggi untuk meyakinkan rakyat bahawa dirinya dapat membuktikan terbaik untuk rakyat dan negara. Bukan pemimpin yang hanya mempunyai karisma berkata-kata tetapi gagal menunaikan janji dan berbakti untuk rakyat dan negara. Ketokohan pemimpin yang berkarisma adalah indikator yang sangat penting untuk dipilih sebagai teras dan tunjang utama untuk Malaysia supaya negara disegani oleh mana-mana kuasa dunia yang lain,” katanya.

Beliau turut berpendapat, pemimpin yang dipilih perlu sentiasa bersama rakyat dan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Dengan erti kata yang mudah, apabila dilantik menjadi wakil rakyat perlu menunaikan kewajipan untuk rakyat dan bersama-sama menyelami kesusahan rakyat serta terus berjuang melakukan perubahan terbaik untuk rakyat.

“Jauhi memilih pemimpin yang hanya tiba sewaktu pilihan raya dengan kata-kata yang manis dan akhirnya menghilang setelah dilantik menjadi wakil rakyat. Dalam bahasa yang mudah, setiap rakyat yang berhak dan layak mengundi perlu memastikan wakil rakyat yang dipilih tidak mempunyai sikap yang sukar dihubungi, pejabat sentiasa tutup, sentiasa berada di luar kawasan dan mempunyai sikap serta keperibadian yang pentingkan diri dan mengejar kemewahan tanpa pedulikan rakyat.

“Atas dasar tersebut, saya menyarankan agar setiap ahli keluarga perlu memberi pendedahan yang sewajarnya kepada anak-anak tentang tipu daya dan permainan politik politik yang tidak berprinsip yang merugikan rakyat dan negara. Telah tiba masanya, anak-anak muda bangkit menyuarakan bantahan dan menolak kepimpinan yang mempermainkan rakyat dengan sesuka hati,” ujarnya.

 

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok