Penyatuan Sabah, Sarawak bina sebuah negara bangsa berjaya: PM

September 16, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak membulat tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya dan dihormati sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata biarpun terpisah dengan Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak telah membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dalam semangat harmoni.

Beliau berkata Malaysia yang terbentuk pada 16 Sept 1963, masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara.

“Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia, adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lepas, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta.

“Hari ini, Keluarga Malaysia ini diwarnai dengan warna-warni yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi.

“Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia!,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok