Pengundi Parlimen Pekan mohon cakna permohonan bantuan semasa PKP

July 14, 2021 · Isu semasa

Keluhan rakyat di kawasan Parlimen Pekan meminta wakil rakyat di kawasan mereka agar lebih cakna dengan permohonan bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan mendesak supaya mendapat perhatian sewajarnya.

Keluhan tersebut disuarakan dalam sebuah laman Facebook, Pahang Darul Makmur yang menggesa agar tindakan segera diambil oleh Pejabat Ahli Parlimen Pekan dalam membantu orang ramai yang terjejas semasa krisis pandemik, ia selepas peruntukan RM300 ribu sudah disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen seluruh negara baru-baru ini.

“Teguran : Pejabat YB Ahli Parlimen Pekan, mohon cakna dengan permohonan bantuan daripada pengundi-pengundi kawasan anda termasuk Indera Sempurna dan Kem Batu 10, Kuantan. Big area comes big responsibilities,” kata kenyataan dalam laman Facebook tersebut.

Dua kawasan yang dinyatakan dalam status tersebut berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis di bawah Parlimen Pekan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis adalah Datuk Khairuddin Mahmud, mewakili parti UMNO semasa pilihan raya yang lalu.

Susulan status dimuat naik itu, pihak Pejabat Parlimen Pekan memberi maklum balas di ruang komen dan meminta orang ramai yang memerlukan bantuan untuk berurusan dengan ADUN tersebut.

“Terima Kasih di atas makluman kepada pihak kami… Pejabat telah menghubungi pihak YB ADUN untuk dapatkan penjelasan,” balas Pejabat Parlimen Pekan di ruang komen laman Facebook tersebut.

Untuk rekod, Parlimen Pekan terdiri dari empat DUN, DUN N20 Pulau Manis, DUN N21 Peramu Jaya, DUN N22 Bebar, dan DUN N23 Chini.

Di Parlimen Pekan, penyandangnya selama 11 penggal berturut-turut adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok