Pengerusi TH letak jawatan, PM nak ganti dengan orang UMNO?

October 15, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Md Nor Yusof hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) selepas menerajuinya sejak Julai 2018.

Susulan peletakan jawatan tersebut, spekulasi timbul berkemungkinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan meletak orang UMNO bagi mengetuai agensi tersebut, mengulangi langkah sama pernah dilakukan sebelum ini.

Sumber memberitahu Perdana Menteri yang juga dari parti UMNO sedang menimbang beberapa nama pemimpin dalam parti itu untuk diletak menerajui TH, malah sebelum ini terdapat desakan sama semasa era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang politik mengetuai agensi itu TH bagaimanapun ia tidak dilayan.

Berhubung peletakan jawatan Md Nor, TH dalam satu kenyataan memberi penghargaan kepada beliau atas kejayaan memacu usaha penyusunan semula, memperkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan agensi itu sebagai organisasi Islam bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

“Jumlah deposit pada 30 Jun lalu ialah RM81.14 bilion, tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun lalu. Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan lebih tinggi pendeposit.

“Anggota Lembaga Pengarah, pengurusan kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” kata TH.

Md Nor, 74, dilantik sebagai Pengerusi TH pada 13 Julai 2018 menggantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang berkhidmat sebagai Pengerusi TH dari 1 Julai 2013 sehingga akhir Mei 2018.

Akauntan Bertauliah ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada Universiti Otago, New Zealand, pernah berkhidmat lebih 19 tahun dengan Kumpulan CIMB sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Commerce (M) Berhad.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (KHAZANAH) dan Pengerusi Malaysia Airlines Berhad.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok