Pengerusi Felda undur diri awal selepas diminta PMO

June 21, 2023 · Isu semasa

Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan penamatan khidmatnya sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.

Idris berkata penamatan perkhidmatannya lebih awal dari tempoh kontrak itu diterima susulan keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri yang memintanya untuk berundur bagi memberi laluan kepada lantikan Pengerusi Felda yang baharu.

“Saya menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan pengerusi Felda berkuat kuasa pada 30 Jun.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” katanya dalam kenyataan di hantaran Facebook.

Bekas Menteri Pendidikan Tinggi dilantik sebagai pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 kemudian disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kontrak baharu beliau sepatutnya tamat Mei tahun depan, tetapi ditamatkan awal oleh kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Idris memainkan peranan penting dalam usaha memulihkan agensi peneroka tersebut yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi dan mengalami kerugian.

Ahli Parlimen Besut itu mengambil alih Felda daripada Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah agensi tersebut.

Mohd Bakke dilantik sebagai Pengerusi Felda selama dua tahun, mulai 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2021.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok