Pemanis tiruan berbahaya?

October 25, 2021 · Isu semasa

“SEBELUM terkena, kawal pemakanan, jangan ikut nafsu. Beringat sebelum terkena. Kurangkan makan nasi, minuman berkarbonat dan makanan yang bergula.”

Ketika membacanya, mungkin kita sudah biasa mendengar nasihat sedemikian. Namun, cerita sebaliknya banyak memberi pengajaran. Bayangkan hidupnya yang ceria telah berubah. Nila (bukan nama sebenar) hanya mengetahui dirinya menghidap kencing manis selepas melahirkan anak kedua.

Namun Nila tidak bersungguh-sungguh mengambil insulin bagi memastikan kencing manisnya stabil. Sikap acuh tak acuh terhadap penyakit ini menyebabkan Nila kehilangan kaki kirinya. Nasihatnya kepada generasi muda, kurangkan gula kerana tanpa disedari ia boleh menjadi pembunuh.

Hakikatnya, kebanyakan masyarakat pada hari ini menyedari tentang bahaya gula biasa yang mengandungi kalori dan menjadi punca penyakit diabetes. Jadi, mereka kini lebih peka dan mula menggunakan gula tiruan atau pemanis gantian yang dikatakan bebas kalori dan baik untuk tubuh badan.

Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Pemanis tiruan merupakan alternatif kepada mereka yang inginkan rasa manis tetapi tidak mahukan kalori yang berlebihan daripada gula biasa. Pemanis tiruan banyak digunakan dalam makanan dan minuman proses yang dipromosikan sebagai rendah kalori atau “diet” atau “tiada gula”.

Gula ini sepatutnya lebih baik untuk kesihatan. Pemanis tiruan ini mempunyai rasa yang manis tetapi mempunyai kalori yang rendah dan secara umumnya dikatakan baik untuk menurunkan berat badan dan membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah.

Pun begitu, kajian menunjukkan pemanis tiruan yang dipek mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pada 2008, para pengkaji di Universiti Purdue melaporkan satu kajian yang dijalankan ke atas beberapa tikus mendapati kandungan sakarin (saccharin) yang ada dalam pemanis tiruan tersebut mampu mengubah selera makan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, ketua kumpulan pedagang pemanis tiruan menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa kesan sampingan tersebut tidak semestinya berlaku ke atas manusia.

Profesor Madya bahagian Sains Psikologi di Institut Kajian Perlakuan Inges, Universiti Purdue, Amerika Syarikat, Susan Swithers berkata, tikus uji kaji memakan yogurt yang mengandungi pemanis tiruan tersebut menjadi gemuk dan selera makan bertambah dengan mendadak.

“Perlu dihebahkan di sini bahawa pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah sistem semula jadi tubuh badan manusia.

“Bermakna, ia mampu mengubah hormon tahap selera semula jadi manusia yang sepatutnya merasa kenyang sebelum hormon semula jadi tersebut bertindak sendiri.

“Kita biasanya akan berhenti makan sebelum tubuh badan kita menyerap semua kalori yang terkandung dalam makanan yang dimakan. Salah satu sebab untuk kita berhenti makan ialah disebabkan naluri semula jadi ditambah dengan pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman lalu. Sebagai contoh, “Selepas saya memakan makanan ini, saya akan merasa kenyang untuk satu jangka masa yang agak lama,” jelas Swithers lagi.

Sementara itu, satu laporan pada 2010 menyatakan pengambilan diet yang kaya sodium atau minuman dengan pemanis tiruan akan meningkatkan risiko seseorang mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang.

Dua kajian terhadap kaitan antara pengambilan sodium dan minuman manis dengan kemerosotan fungsi buah pinggang telah dijalankan oleh Dr. Julie Lin dan Dr. Gary Curhan dari Hospital Wanita Brigham, Massachusettes, Amerika Syarikat. Mereka mendapati pengambilan sekurang-kurangnya dua hidangan minuman soda setiap hari boleh mempercepatkan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang sebanyak dua kali ganda.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok