Pemandu bas disyaki cabul penumpang ketika tidur ditahan polis

May 9, 2022 · Isu semasa

Polis menahan pemandu kedua sebuah bas ekspres yang disyaki mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang sedang tidur ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka ACP Lim Meng Seah berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus selepas bas ekspres berkenaan tiba di Terminal Melaka Sentral di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad, menurut laporan Bernama.

“Mangsa yang juga penuntut maktab perguruan di negeri ini mendakwa diraba oleh suspek semasa bas ekspres itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 pagi.

“Berdasarkan maklumat itu, pihak polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, sebaik sahaja bas tiba di Melaka Sentral,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata wanita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah pada pukul 12 tengah hari Ahad, dan kes akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dalam hantaran di Facebook rasminya menggesa golongan wanita agar tidak berdiam diri apabila menjadi mangsa cabul, terutama ketika menggunakan pengangkutan awam.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi satu video berdurasi tiga minit 41 saat di Facebook, selepas menerima pesanan di akaun media sosial berkenaan bagi meminta bantuan berkaitan kejadian itu.

“Pagi tadi ketika bangun Subuh saya terima pesanan mesej daripada sahabat di Facebook berhubung kejadian yang menimpa rakannya yang ingin pulang semula ke Melaka.

“Adik (mangsa) ini terlalu baik sehingga dia hendak menjerit pun takut, dan dia hanya mampu menangis teresak-esak. Saya bersama beberapa rakan yang tunggu di Melaka untuk bantu selamatkan gadis ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok