Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF

December 11, 2023 · Isu semasa

Pelabur asing mencatatkan jualan bersih RM276.4 juta minggu lepas selepas merekodkan pembelian bersih selama lima minggu, kata MIDF Research.

Trend yang sama turut dilihat di Taiwan, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Dalam Laporan Aliran Dana untuk minggu berakhir 8 Dis 2023, firma penyelidikan itu berkata jualan bersih tertinggi untuk minggu itu dilihat pada Khamis berjumlah RM95.4 juta, diikuti Isnin sebanyak RM92.5 juta, lapor Bernama.

Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah utiliti (RM118.5 juta), hartanah (RM19.1 juta) dan pembinaan (RM9.4 juta).

Tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM191.3 juta), pengangkutan dan logistik (RM62.3 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM48.4 juta).

Sebaliknya, institusi tempatan bertukar kepada pembeli bersih, mencatatkan belian RM194.0 juta selepas menguasai jualan bersih lima minggu berturut-turut.

“Belian bersih dilihat hampir setiap hari dagangan minggu berkenaan, kecuali Selasa apabila terdapat aliran keluar RM21.4 juta.

“Pada hari itu, institusi tempatan dilihat menjual saham Kumpulan CIMB (RM25.5 juta), YTL Power (RM16.7 juta), dan Public Bank (RM15.3 juta),” kata MIDF Research.

Pada masa yang sama, peruncit tempatan mengekalkan pembelian bersih ekuiti domestik mereka untuk minggu kedua berturut-turut pada RM82.4 juta.

“Ini mewakili kadar sederhana yang ketara berbanding pembelian bersih RM210.9 juta yang dicatatkan pada minggu sebelumnya,” katanya.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata jumlah dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan – peruncit tempatan (15.3 peratus), institusi tempatan (16.4 peratus), dan pelabur asing (49.9 peratus).

Berita berkaitan
Pelabur asing jual saham RM613 juta dalam pasaran tempatan minggu lepas
October 23, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
October 2, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jual saham 12 minggu berturut-turut : laporan
July 10, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jual saham 11 minggu berturut-turut
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok