Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta

October 2, 2023 · Isu semasa

Peruncit tempatan membeli ekuiti bernilai RM143.1 juta di Bursa Malaysia minggu lepas, menamatkan jualan bersih selama 11 minggu mereka, kata MIDF Research.

Setakat ini, peruncit mencatatkan jualan bersih berjumlah RM622.6 juta, katanya, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, pelabur asing menjadi penjual bersih pada minggu lepas dengan jualan berjumlah RM44.7 juta berikutan pembelian bersih selama dua minggu, kata firma penyelidikan itu dalam satu laporan hari ini.

Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih bagi minggu itu ialah utiliti, (RM86.7 juta), teknologi (RM34.9 juta) dan hartanah (RM30.7 juta).

Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (RM75.7 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM41.3 juta) dan penjagaan kesihatan (RM33.3 juta), katanya.

MIDF Research berkata institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih mereka untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jualan bersih RM98.5 juta.

“Sebahagian besar aliran keluar berlaku pada hari Selasa, serentak dengan keluaran data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia.

“IHP itu menunjukkan pemulihan untuk bulan kedua berturut-turut, dengan penguncupan yang lebih perlahan sebanyak 1.8 peratus pada Ogos 2023 berbanding 2.3 peratus pada Julai 2023,” katanya.

Institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih tahun sehingga kini, mengumpul RM2.59 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan purata jumlah dagangan harian dalam kalangan pelabur asing sebanyak 3.9 peratus minggu lepas, manakala peruncit tempatan dan institusi tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 6.2 peratus dan 9.2 peratus.

Firma penyelidikan itu juga berkata berdasarkan negara yang dipantaunya, hanya Malaysia yang menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak US$143.4 juta (US$1=RM4.70) pada September 2023, manakala tujuh negara yang selebihnya mengalami aliran keluar bersih.

“Taiwan mempunyai aliran keluar paling besar, berjumlah US$5.89 bilion,” katanya.

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jual saham RM613 juta dalam pasaran tempatan minggu lepas
October 23, 2023· Isu semasa
Menjelang pembentangan Bajet 2024, Bursa kekal rendah pada tengahari
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok