Pelabur asing jual saham 12 minggu berturut-turut : laporan

July 10, 2023 · Isu semasa

Pelabur asing mencatatkan jualan bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ke-12 berturut-turut dengan aliran keluar asing minggu lalu mencecah RM254.1 juta, lapor BH.

MIDF Research dalam Laporan Aliran Dana untuk minggu berakhir 7 Julai 2023 berkata, Isnin minggu lalu bagaimanapun menyaksikan aliran masuk asing bersih berjumlah RM83 juta dengan pelabur asing menunjukkan minat dalam saham seperti Public Bank (RM28.4 juta), Maybank (RM16.0 juta) dan Gamuda (RM15.2 juta).

“Pelabur asing menjadi penjual selama 21 daripada 27 minggu tahun ini, dengan jumlah aliran keluar asing bersih sebanyak RM4.45 bilion,” katanya dalam nota penyelidikan, hari ini.

Menurut firma itu, hanya dua sektor mencatatkan aliran masuk asing bersih minggu lalu, iaitu perladangan (RM23.5 juta) dan pembinaan (RM22.4 juta).

Manakala tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (-RM75.9 juta), produk pengguna dan perkhidmatan (-RM51.2 juta) serta produk dan perkhidmatan industri (-RM50.3 juta).

Terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) oleh pelabur asing (-17.9 peratus) dan pelabur runcit (-1.2 peratus) tetapi peningkatan dalam kalangan pelabur institusi tempatan (3.3 peratus).

Sementara itu, MIDF Research berkata pelabur institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan perolehan ekuiti bernilai RM200.9 juta, sekali gus menandakan pembelian bersih minggu keenam berturut-turut bagi mereka.

Menurut firma penyelidikan itu, Jumaat lalu menyaksikan aliran masuk pelaburan tertinggi untuk minggu berkenaan dengan sejumlah RM160.6 juta selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan keputusannya untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

“Setakat tahun ini, pelabur institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti domestik selama 21 daripada 27 minggu, dengan jumlah aliran masuk bersih RM3.93 bilion,” katanya.

Pada masa yang sama, peruncit tempatan juga kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kedua berturut-turut, menyaksikan belian bersih ekuiti domestik bernilai RM53.2 juta minggu lalu.

“Setakat ini, peruncit tempatan menjadi pembeli selama 15 daripada 27 minggu. Jumlah belian bersih setakat tahun ini berjumlah RM516.3 juta,” kata firma penyelidikan itu.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Varian baharu: Rakyat Malaysia dilarang melawat 7 negara Afrika
November 26, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok