Pelabur asing jual saham RM613 juta dalam pasaran tempatan minggu lepas

October 23, 2023 · Isu semasa

Institusi tempatan terus mengekalkan pendirian sebagai pembeli bersih ekuiti bagi minggu ketiga berturut-turut dengan pembelian bernilai RM618.3 juta di Bursa Malaysia pada minggu lepas, kata MIDF Research.

Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata, institusi tempatan terbabit melaksanakan belian bersih setiap hari sepanjang minggu dengan aktiviti belian paling kukuh pada Isnin lepas yang berjumlah RM221.7 juta, lapor Bernama.

Selain itu, pelabur asing sebaliknya melepaskan pegangan saham bernilai RM613.0 juta pada minggu lepas.

“Pada minggu itu, pelabur asing melakukan jualan bersih setiap hari dengan kebanyakan aliran keluar dana dilihat pada Isnin yang berjumlah RM208.7 juta. Aktiviti jualan itu berlaku selama enam hari berturut-turut,” katanya dalam laporan aliran dana bagi minggu berakhir 20 Okt, 2023.

Bagaimanapun, MIDF Research berkata, tiga sektor menyaksikan aktiviti belian bersih oleh pelabur asing iaitu utiliti (RM28.5 juta), hartanah (RM20.8 juta) dan amanah pelaburan hartanah (RM5.4 juta).

Sektor dengan aliran keluar bersih tertinggi adalah masing-masing perkhidmatan kewangan (RM337.1 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM100.6 juta) serta telekomunikasi dan media (RM51.4 juta).

Menurutnya, setakat tahun ini, pelabur asing telah melakukan jualan bersih sebanyak RM3.73 bilion.

Dalam pada itu, kalangan peruncit tempatan terus menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia, namun pada jumlah agak sederhana sebanyak RM5.3 juta berbanding RM147.1 juta pada minggu sebelumnya.

Bagi tempoh setakat tahun ini, jualan bersih mereka bernilai RM660.6 juta.

Dari segi penyertaan pula, purata jumlah dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing mencatat peningkatan sebanyak 31.6 peratus manakala penyertaan oleh pelabur runcit dan institusi masing-masing susut sebanyak 2.2 peratus dan 6.7 peratus.

Berita berkaitan
Wang AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram, dedah saksi
October 18, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
October 2, 2023· Isu semasa
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib untuk singkir Hakim dalam kes 1MDB ditolak
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
34 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok