Pelabur asing jual saham 11 minggu berturut-turut

July 3, 2023 · Isu semasa

Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ke-11 berturut-turut.

Menurut MIDF Research aliran keluar bersih asing dicatatkan berjumlah RM359.9 juta bagi minggu berakhir 30 Jun 2023.

“Pelabur asing menjadi penjual selama 20 minggu daripada 26 minggu tahun ini dengan jumlah aliran keluar asing bersih berjumlah RM4.19 bilion,” kata firma penyelidikan itu dalam Laporan Aliran Dana mingguan yang dikeluarkan, hari ini, lapor BH.

Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah pembinaan (RM71.9 juta), hartanah (RM16.4 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM6.2 juta).

Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (-RM136.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM86.0 juta) dan teknologi (-RM72.9 juta).

Di peringkat Asia, minggu lalu pelabur asing beralih menjadi penjual bersih saham-saham serantau, menamatkan pembelian bersih selama lapan minggu berturut-turut.

“Berdasarkan data agregat lapan pasaran saham yang kami jejaki, jualan bersih pelabur asing berjumlah AS$642.9 juta. Hanya India, Thailand, Filipina dan Indonesia yang merekodkan aliran masuk bersih pelabur asing,” katanya.

MIDF Research berkata belian bersih di Bursa Malaysia oleh pelabur institusi tempatan berjumlah RM278.3 juta pada minggu lalu.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti domestik selama 20 minggu daripada 26 minggu dengan jumlah aliran masuk bersih RM3.73 bilion.

Menurutnya, peruncit tempatan turut menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan belian bersih ekuiti domestik bernilai RM81.6 juta minggu lalu.

“Setakat tahun ini, peruncit tempatan menjadi pembeli bersih selama 14 minggu daripada 26 minggu. Jumlah belian bersih setakat tahun ini berjumlah RM463.2 juta,” katanya.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata jumlah dagangan harian (ADTV) oleh peruncit (-2.0 peratus) dan institusi tempatan (-7.3 peratus) namun meningkat dalam kalangan pelabur asing (+3.7 peratus).

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
PM umum 11 jenis perniagaan dibenar beroperasi pada Jumaat
September 15, 2021
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023
Dilema ibu bapa kini, berhenti kerja atau hantar pengasuh?
October 3, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok