Pekerja asing memilih vaksin, enggan terima Sinovac walaupun percuma

August 6, 2021 · Isu semasa

Tatkala jutaan rakyat Malaysia menerima apa sahaja jenis vaksin yang diberikan, berbeza sekali sikap sesetengah pekerja pendatang asing yang menolak pemberian vaksin Sinovac walaupun diberikan secara percuma.

Mereka mendakwa vaksin Sinovac tidak berkualiti dan kurang berkesan melawan virus Covid-19, sebaliknya memilih vaksin mRNA seperti Pfizer atau Moderna yang dikatakan lebih berdaya tahan.

Sikap mereka ini terserlah ketika ratusan pekerja asing menyerbu Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, di Shah Alam, semalam.

Tanpa mengikut protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, pekerja asing ini berhimpit-himpit sambil beratur mencuba nasib mendapatkan vaksin percuma walaupun sebilangan besarnya tidak dijadual menerima vaksin itu semalam.

Untuk rekod, lonjakan jangkitan Covid-19 di negara ini sejak beberapa hari lalu turut disumbang oleh ribuan kes membabitkan bukan warganegara Malaysia. Contohnya, semalam, daripada 20,596 kes baharu yang dilaporkan, 3,568 adalah rakyat asing.

Pada Rabu, daripada 19,819 kes baharu yang dilaporkan, 3,040 pesakit membabitkan bukan warganegara Malaysia. Sementara pada Selasa, 2,380 jangkitan baharu membabitkan bukan warganegara.

Dalam kejadian di PPVIN Pusat Konvensyen Midlands semalam ratusan pekerja asing terbabit bagaimanapun diarah pulang setelah mereka gagal mematuhi SOP.

Susulan itu PPVIN berkenaan ditutup hari ini bagi membolehkan pihak pengurusan melakukan penyelarasan supaya kejadian seperti itu tidak berulang, selain memastikan pekerja asing mematuhi SOP serta giliran menerima vaksin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Petugas PPVIN berkenaan juga mendapati sebilangan besar pekerja asing terbabit datang tanpa tarikh janji temu dengan harapan dapat menerima suntikan vaksin.

“Sebelum dibenarkan masuk, pihak petugas akan periksa MySejahtera warga asing untuk pastikan mereka dapat sesi janji temu itu atau sebaliknya. Kalau tak ada, petugas tidak benarkan mereka masuk dan menyuruhnya pulang,” kata seorang petugas.

Beliau turut mendedahkan ada antara warga asing tidak mahu menerima vaksin Sinovac yang ditawarkan PPVIN terbabit.

“Tolak kerana mereka kata dalam Internet cakap Sinovac tidak sebagus vaksin lain. Memang rasa marah tapi apa boleh buat sebab mereka tak mahu vaksin ini walaupun ia diberi secara percuma,” katanya.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Bekas menteri DAP tegur Menteri DAP dalam isu pegawai terlibat kes rasuah
May 28, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok