Pasangan langgar SOP, Neelofa dan suami diarah bayar ikat jamin RM15,000

May 20, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Seremban mengarahkan pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Suami Neelofa, diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Pasangan itu didakwa di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Haris didakwa atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam sekitar jam 4 petang di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.

Neelofa pula dituduh kerana gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd pada waktu dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling manakala kedua-dua pasangan berkenaan diwakili peguam Haresh Mahadevan.

Terdahulu Nor Azizah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap Muhamad Haris manakala RM10,000 terhadap Neelofa bagi kesalahan didakwa.

Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selasa baru-baru ini, Neelofa dan keluarganya hadir memberi keterangan di IPD Brickfields selepas didakwa melanggar SOP PKP dengan menyambut hari raya pertama Aidilfiti bersama-sama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini dan videonya tular di media sosial.

Ini bukan kali pertama Neelofa dengan sengaja melakukan kesalahan melanggar SOP, malah beliau dan pasangan juga pada 2 Mei lalu dikecam selepas memuat naik gambar yang menunjukkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet di Nilai 3 dekat Seremban, Negeri Sembilan.

Perkara itu mencetuskan dakwaan pasangan itu membuat perjalanan rentas negeri yang dilarang sepanjang pelaksaan PKPB.

Mereka berdua juga dikritik sebelum ini kerana berbulan madu di Pulau Langkawi pada Mac lalu dan berbohong kononnya sedang dalam lawatan urusan kerja.

Berita berkaitan
Pekerja salah guna Instagram ibu Neelofa hina Sultan Johor
May 31, 2021· Isu semasa
Neelofa hanya hantar peguam ke parkir kereta, nafi langgar SOP lagi
May 24, 2021· Isu semasa
Pakai niqab tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah
May 22, 2021· Isu semasa
Diva AA sokong petisyen #Penjarakan Neelofa
May 20, 2021· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok