Neelofa hanya hantar peguam ke parkir kereta, nafi langgar SOP lagi

May 24, 2021 · Isu semasa

Selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan, selebriti sensasi Noor Neelofa Mohd Noor tampil menafikan perkara tersebut.

Neelofa yang kini dilihat begitu sinonim dengan kesalahan melanggar SOP, kali ini pantas membuat kenyataan bahawa orang ramai telah salah faham mengenai isu itu dan menjelaskan bahawa beliau tidak melanggar SOP.

Katanya, beliau hanya menumpangkan peguamnya dari balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter.

“Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan sama.

“Kami telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini,” jelas beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Neelofa berkata demikian menjawab dakwaan bahawa terdapat empat orang di dalam kenderaan yang dinaikinya selepas selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin.

Mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, hanya tiga orang individu sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.

Menurutnya, beliau dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail menaiki kenderaan sendiri dengan dipandu pemandunya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Jelasnya, peguamnya pula pulang dengan memandu kenderaan sendiri.

“Polis boleh meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami menguruskan peguam di pekarangan mahkamah atau dari luar balai polis.

“Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham,” kata Neelofa.

Sebelum ini Neelofa kerap kali disiasat kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaharu Neelofa dipanggil polis selepas tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban Negeri Sembilan.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail juga disiasat polis atas dakwaan merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet.

Sebelum ini, Neelofa dan keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 atas kesalahan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran merentas negeri.

Pada 27 Mac lalu, Neelofa selamat bernikah dengan suaminya, Haris atau lebih dikenali PU Riz, dan kemudian pasangan ini ke Langkawi, Kedah atas urusan perniagaan, tetapi mencetus sensasi apabila banyak aktiviti dibuat mereka seperti berbulan madu.

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Penipuan guna dokumen palsu, pembantu tadbir didenda RM20,000
November 7, 2023· Isu semasa
Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH
July 18, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
14 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
14 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok