Diva AA sokong petisyen #Penjarakan Neelofa

May 20, 2021 · Isu semasa

Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menzahirkan sokongan ke atas pelancaran petisyen yang mendesak Noor Neelofa Mohd Noor dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail agar kedua-duanya dipenjarakan sebagai pengajaran untuk mereka.

Katanya, sokongan itu diberikan setelah Neelofa dilihat tidak serik mengulangi kesilapannya dan seolah-olah mempersendakan undang-undang negara.

“Penghormatan besar saya kepada rakyat jelata yang telah menandatangani petisyen itu, saya bersama anda.

“Semoga petisyen ini menjadi kenyataan dan membuka mata ramai tentang siapa artis yang dimaksudkan itu, jadi ini satu pengajaran besar untuk semua, semoga kes yang berlaku ini memberi pengajaran,” katanya kepada Agenda Daily.

Sementara itu menyentuh mengenai kes mereka yang didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi di atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Azwan berkata, biarlah mahkamah yang membuat keputusan.

“Secara berterus terang diva memang tak ambil ‘port’ kalau setakat nama itulah, dia tidak menguntungkan kehidupan diva.

“Dia nak jatuh di mahkamah ke itu dia punya pasal,” katanya.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail pagi tadi didakwa di Mahkamah Majistret Seremban dan membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dibenarkan diikat jamin RM5,000 manakala PU Riz yang berdepan dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan sesudah empat kali berdepan undang-undang negara, pasangan itu kini berdepan dengan rakyat Malaysia yang melancarkan petisyen mendesak kedua-duanya dipenjarakan sebagai pengajaran untuk mereka.

Mengariskan empat kesalahan kedua-duanya, petisyen itu ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut petisyen di dalam https://www.change.org/ Neelofa adalah selebriti yang telah banyak kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang ‘double standard’ dikenakan terhadap beliau.

Setakat ini, lebih 21,416 individu sudh menandatangani petisyen berkenaan.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok