Pekerja salah guna Instagram ibu Neelofa hina Sultan Johor

May 31, 2021 · Isu semasa

Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun ‘instastory’ Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Difahamkan pengadu adalah ibu pengacara terkenal Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed. Tiga pekerjanya dikatakan memiliki kata laluan Instagram peribadinya.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada jam 5.44 petang semalam.

“Pada 30 Mei 2021 jam lebih kurang 5.44 petang satu laporan polis dibuat berhubung paparan di instagram peribadi milih satu perempuan berbangsa Melayu berumur 54 tahun yang memaparkan gambar dan berita TV3 dengan paparan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang sekatan penuh bersasar’.

“Pada paparan tersebut tertulis kapsyen ‘kalau perihatin suruh la agong batal kan darurat!! Cakap ke lebih!!,” katanya dalam sakt kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan awam polis mendapati suspek yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun telah melaku tersilap menggunakan instagram milik pengadu dengan membuat kiriman di instastory Instagram majikannya.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Polis Brickfields menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengongsikan sebarang maklumat atau berita di media sosial hingga menjejaskan reputasi dan hak asasi mana-mana orang,” katanya.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
6 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok